ZICOlaw Personal Data Protection Notice

This Personal Data Protection Notice (“Notice”) describes how we manage and safeguard personal data. Personal data is information about a living person, including identification details, contact details and other information processed in conjunction with ZICOlaw services.

By submitting your own or another individual’s personal data, you confirm that you and such other individual agree to our collection, use and disclosure of personal data in accordance with this Notice. Please do not send us any personal data if you do not want it to be used in this way.

The personal data we collect

In the course of our services, you may provide personal data to us, as clients or other parties involved in our work. Your personal data may also be provided by someone on your behalf, in which case, we will assume until notified otherwise, that you have authorised the disclosure of your personal data to us. 

When you use our website, you are not required to provide any personal data on the public areas of our website. However, you may choose to provide us with information by contacting us, including for subscription to our publications, client alerts and client events, and for career enquiries or applications.

What we use your personal data for

We only use your information in connection with the provision of ZICOlaw services, including:

  • to provide you with publications and client communications which we think you will find valuable,
  • to invite you to events we think you will be interested in;
  • to provide and improve our services to you and our clients;
  • to manage our relationship with you and our clients;
  • to fulfil our legal obligations, protect our legal interests and rights;
  • for the purposes of recruitment and other legitimate business purposes.

We do not sell or otherwise make personal information commercially available to any third party, except as described in this Notice or with your prior permission.

Sharing data across our ZICOlaw Network. In doing the above, we may transfer your personal data overseas to any ZICOlaw office or any of our affiliates located in countries which may not have well developed data protection legislation. However, we will ensure that the processing of your personal data complies with our ZICOlaw security measures. If in the future we re-organise our business, we may need to transfer your personal data to a new ZICOlaw entity or third party through which ZICOlaw provides services.

Security

We will take reasonable care to implement security measures which safeguard against unauthorised or unlawful access to, or alteration, disclosure or destruction of your personal data. If our data processing is carried out by a third party, we will require that they adhere to our standards.

Your rights

You can request to see the personal data we hold about you and, if the personal data is inaccurate, you can request that we update it. You may do so by sending us an email at personaldata@zicolaw.com. Please allow us reasonable time to respond and effect any change.

Opt-out

If you do not want us to use your personal data to provide you with publications and information about ZICOlaw services, please send us an email at personaldata@zicolaw.com or click the unsubscribe link at the bottom of our e-mails.

By not informing us or unsubscribing, we will assume we have your implied consent to use your personal data as described above.

Revisions 

ZICOlaw reserves the right to change this Notice from time to time. The current version will always be posted on our website.  This Client Personal Data Protection Notice was last updated on 25 March, 2014.

Contact us

Any questions or requests concerning this Notice should be directed to personaldata@zicolaw.com or by phone +603 2087 9999.

Notis Perlindungan Data Peribadi ZICOlaw

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana kami mengurus dan melindungi data peribadi. Data peribadi adalah informasi mengenai individu yang masih hidup, termasuk butir-butir identifikasi, butir-butir perhubungan dan maklumat lain yang diproses berhubungan dengan perkhidmatan ZICOlaw.

Dengan memberikan data peribadi anda atau data peribadi individu lain, anda mengesahkan bahawa anda dan individu lain tersebut bersetuju untuk kami mengumpulkan, menggunakan dan menzahirkan data peribadi tersebut selaras dengan Notis ini. Sila jangan berikan sebarang data peribadi sekiranya anda tidak mahu ianya digunakan bagi tujuan ini.

Data peribadi yang kami kumpulkan

Dalam perlaksanaan perkhidmatan kami, anda boleh memberikan data peribadi anda kepada kami sebagai pelanggan atau pihak-pihak lain yang terlibat dalam tugasan kami. Data peribadi anda juga boleh diberikan oleh pihak lain bagi pihak anda, dan dalam kes sedemikian, kami membuat anggapan, melainkan dimaklumkan sebaliknya, bahawa anda telah menguasakan penzahiran data peribadi anda kepada kami.

Apabila anda menggunakan laman web kami, anda tidak perlu memberikan sebarang data peribadi di lapangan umum laman web kami. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk memberikan maklumat anda kepada kami dengan menghubungi kami, termasuklah dengan melanggan kepada penerbitan-penerbitan kami, kemas kini pelanggan dan acara pelanggan, serta bagi tujuan  pertanyaan atau permohonan kerjaya.

Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda

Kami hanya menggunakan maklumat anda bagi tujuan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan ZICOlaw, termasuk:

  • untuk memberikan anda penerbitan-penerbitan serta komunikasi pelanggan yang kami fikirkan adalah bermanfaat bagi anda;
  • untuk menjemput anda ke acara-acara yang kami fikirkan anda akan berminat;
  • untuk memberi dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami kepada anda serta pelanggan-pelanggan kami;
  • untuk menguruskan hubungan kami dengan anda dan juga pelanggan-pelanggan kami;
  • untuk memenuhi obligasi undang-undang kami, melindungi kepentingan serta hak perundangan kami;
  • bagi tujuan perekrutan serta tujuan-tujuan perniagaan lain yang sah.

Kami tidak menjual atau sebaliknya menawarkan data peribadi anda secara komersial kepada mana-mana pihak ketiga, kecuali seperti yang diperihalkan di dalam  Notis ini atau dengan kebenaran terdahulu anda.

Perkongsian data merentasi Rangkaian  ZICOlaw kami. Bagi melaksanakan perkara di atas, kami mungkin akan memindahkan data peribadi anda ke luar negara ke  mana-mana pejabat ZICOlaw atau pejabat sekutu kami yang terletak di negara-negara yang mungkin tidak mempunyai perundangan perlindungan data peribadi yang mantap. Walau bagaimanapun, kami akan memastikan bahawa pemprosesan data peribadi anda mematuhi langkah-langkah keselamatan ZICOlaw kami. Sekiranya kami menyusun semula organisasi perniagaan kami di masa hadapan, kami mungkin perlu memindahkan data peribadi anda kepada entiti ZICOlaw yang baru atau pihak ketiga melalui mana ZICOlaw memberikan perkhidmatan. 

Keselamatan

Kami akan mengambil langkah penjagaan yang sewajarnya untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan bagi tujuan melindungi daripada sebarang akses tanpa kebenaran atau tidak sah kepada, atau pengubahan, penzahiran atau pemusnahan data peribadi anda. Sekiranya pemprosesan data kami dilakukan oleh pihak ketiga, kami akan mensyaratkan mereka untuk mematuhi langkah keselamatan kami.

Hak-hak anda

Anda boleh memohon untuk melihat data peribadi anda yang berada di dalam pegangan kami dan, sekiranya data peribadi tersebut tidak tepat, anda boleh memohon supaya kami mengemaskininya. Anda boleh melakukannya dengan menghantar e-mel kepada kami di personaldata@zicolaw.com. Sila berikan kami tempoh masa yang munasabah untuk membalas dan melakukan sebarang pengubahan.

Pilihan keluar

Jika anda tidak mahu kami menggunakan data peribadi anda untuk menghantar penerbitan dan informasi berkenaan perkhidmatan ZICOlaw kepada anda, sila hantar e-mel kepada kami di personaldata@zicolaw.com atau tekan pautan untuk menghentikan langganan di bahagian bawah e-mel-e-mel kami.

Jika anda tidak memaklumkan kami atau tidak menghentikan langganan, kami akan menganggap bahawa anda telah memberikan persetujuan secara tersirat bagi kami menggunakan data peribadi anda seperti yang diperihalkan di atas. 

Semakan

ZICOlaw merizabkan hak untuk mengubah Notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa boleh didapati di laman web kami. Kali terakhir Notis Perlindungan Data Peribadi ini dikemaskinikan adalah pada 25 Mac, 2014.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan dengan Notis ini boleh diajukan kepada personaldata@zicolaw.com atau melalui telefon +603 2087 9999.

*Jika terdapat sebarang percanggahan di dalam versi Bahasa Malaysia Notis ini dengan versi Bahasa Inggeris, ZICOlaw akan mengguna pakai versi Bahasa Inggeris.

Announcement

On 1 December 2022, KPMG and ZICO Law entered into an agreement under which a number of law firms and teams from the ZICO Law network have joined the KPMG network of firms.

The deal will see more than 275 lawyers join over 2,900 legal professionals in the KPMG global organization, creating a significant legal footprint across Asia. It will offer legal services and solutions, a globally connected legal services platform, and specialists who work with leading technology providers to modernize legal functions across organizations. The strategic combination increases the total number of legal professionals in the KPMG network to over 3,750 across 84 jurisdictions. You may read the press release here.

For more information and to see how we can assist you in your desired jurisdiction, please follow the links below: